Saturday, May 8, 2010

sedarlah dari tidur sahabat ku..





Perjuangan jihad fisabilillah ialah perjuangan yang bernar-benar kerana ALLAH dan untuk ALLAH semata-mata. Ianya benar-benar satu jihad menegakkan agama ALLAH dan hukum-hakam ALLAH samada melibatkan yang Wajib, yang Sunat, yang Makruh mahupun yang Haram. Mana-mana hukum yang Harus diperjuangkan agar menjadi ibadah.


(Bagaimana perkara-perkara yang Harus boleh menjadi ibadah kepada kita?. Seperti makan, minum, bekerja, tidur, safar, dll.

Iaitu ia mesti menepati tentang 5 Syarat berikut - Niat, Perkara, Perlaksanaan, Natijah dan Amalan Asas tidak boleh ditinggalkan.






Majoriti masyarakat mengatakan tujuan Amerika menyerang Iraq, Afghanistan dan menguasai minyak negara-negara Islam lain adalah kerana mahukan minyak dan sumber kewangan.
Di sini ingin saya jelaskan TIDAK. Ia bukan faktor utama, tetapi saya bersetuju jika dikatakan tujuan ‘menyerang’ itu sebagai ’salah satu faktor’.

Benarkah Dajjal Perlukan Wang?

Dengan penguasaan penuh syarikat-syarikat gergasi Yahudi di seluruh dunia daripada pembuatan seluar dalam hinggalah kepada stesen angkasa lepas, adakah mungkin Dajjal masih memerlukan wang untuk meneruskan agenda ketuhanannya?
Harus diingat, matlamat akhir Dajjal adalah memastikan …

“Semua masyarakat dunia menyembahnya sebagai Tuhan”

Untuk meneruskan misi di atas ada 3 perkara yang menjadi faktor penghalang
1. Imam Mahdi
2. Nabi Isa a.s.
3. Agama Islam

Senario Sekarang VS Kemampuan Dajjal

Kita perlu memahami dua persoalan ini iaitu senario/situasi yang berlaku sekarang dengan kemampuan yang telah dikecapi Dajjal.

Adakah sesuatu yang logik, Dajjal yang telah dikurniakan Allah SWT pemikiran yang genius, umur yang panjang, mendapat pertolongan Iblis, Syaitan dan Jin serta tinggal di rumah Segitiga Bermuda yang kebal itu masih memerlukan wang masyarakat dunia?

Jika dibandingkan dengan situasi sekarang, media Islam dan antarabangsa melaporkan kerajaan-kerajaan Dajjal iaitu Amerika dan Britain melakuan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq untuk mendapatkan minyak.

Benarkah begitu?

Saya paling tidak setuju dengan kenyataan ‘mencuri minyak’ oleh media massa. Itu bukanlah faktor utama. Pasti ada misi tersembunyi yang mendokong misi Dajjal melancarkan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq.

Wang sudah tidak menjadi masalah dan bukan lagi suatu masalah kepada Dajjal, agen-agen Dajjal sudah pun menguasai minyak dunia sejak 400 tahun dahulu bermula dengan empayar keluarga Rothschild, Rockefeller dan Halliburton.

Misi Sebenar Dajjal

Teliti hadith-hadith ‘misi’ Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s. yang disabdakan oleh Rasulullah SAW

Berdasarkan fakta-fakta hadith seperti di bawah, kita dapat ketahui suatu misi tersembunyi Dajjal yang telah pun dilaksanakannya sekarang.

“Al-Mahdi berasal dari keturunanku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung, ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagai mana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dia berumur tujuh tahun.”

(Riwayat Abu Daud dan Hakim)

“Kemudian kamu akan memerangi kaum ROm dan kamu akan mengalahkan mereka dengan izin Allah .”

(Riwayat Bukhari)

Semua perkataan yang dimerahkan adalah bermaksud misi Imam Mahdi selepas dibaiahkan oleh umat Islam. Apakah Dajjal tidak tahu akan misi ini? sudah pasti ia tahu.

Dajjal yang genius itu sudah pasti dapat membaca matlamat perjuangan Imam Mahdi melalui hadith ini. Dajjal tidak perlu menumpukan kepada teori-teori tempat kelahiran Nabi ISa a.s. kerana Dajjal tahu Nabi Isa akan ‘diturunkan’ dari kerajaan langit bukannya dilahirkan semula dari perut-perut wanita Islam.

Misi sebenar Dajjal ialah ….

“Mencari dan membunuh Imam Mahdi melalui pencerobohan dan peperangan di negara-negara Islam”

Dajjal mengetahui dan diberi pengetahuan bahawa kemunculan Imam Mahdi berbeza dengan kemunculan Nabi Isa a.s.

Imam Mahdi seperti yang disebutkan Rasulullah akan lahir dari keturunannya sendiri iaitu sebelah puterinya Fatimah. Manakala perwatakan Imam Mahdi dari segi fizikal dan zahiriah adalah hampir serupa.

Menyedari bahawa Imam Mahdi adalah bersifat manusia biasa yang ‘akan dilahirkan’ oleh seseorang di atas muka bumi ini, maka Dajjal memikirkan penting untuk mencari ‘individu-individu’ yang dijangka melahirkan Imam Mahdi.

Teori Tentang Strategi Dajjal

Disini saya ingin membentangkan teori-teori tentang strategi Dajjal untuk mencari ibu-ibu yang bakal melahirkan Imam Mahdi.

Secara logiknya adalah sukar bagi Dajjal. Tetapi secara praktikalnya Dajjal mempunyai pilihan terbaik, iaitu ….


Untuk mencari anak-anak kecil yang bakal menjadi Imam Mahdi, hadith-hadith Rasulullah dan pandangan-pandangan ulama’ harus diambil kira.


Pandangan ulama’ perlu bagi Dajjal kerana Imam Mahdi adalah superhero untuk umat Islam, dan kelibatnya amat ditunggu-tunggu sehinggakan ada yang mengaku Imam Mahdi.

Jika kita mengambil maklumat dari hadith, ulama’ dan faktor sejarah, maka keputusan tentang kemunculan Imam Mahdi akan diperoleh seperti berikut:

#Teori 1 : Imam Mahdi di Iraq dan Iran

Rasulullah mengatakan Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Fatimah - maka Imam Mahdi adalah cucu-cicit dari keturunan Hassan dan Hussein kerana Fatimah berkahwin dengan Saidina Ali bin Abi Talib.

“Al-Mahdi berasal dari anak cucuku, dari keturunan Fatimah.”
(Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim)

Kaitannya dengan Iraq dan Iran, - Negara Iraq yang luas itu mempunyai jumlah majoriti penduduk Syiah 70% berbanding penduduk Sunni. Mengikut pandangan penganut Syiah, Imam Mahdi akan lahir dari keturunan Hussein.

Penganut mazhab Syiah amat berpegang teguh dengan kepercayaan ini, mereka dengan penuh yakin mengatakan Imam Mahdi akan muncul dari kalangan Syiah, tambahan pula Iran sekarang semakin menghampiri tampuk negara kuasa utama dunia.

Maka adalah logik untuk Dajjal menyerang dan memporak perandakan kedua-dua negara ini kerana Imam Mahdi mungkin akan lahir dari penduduk Iran dan Iraq. Untuk mencari dan menyelidik setiap seorang adalah sukar, dengan menghapuskan wanita-wanita Islam dan kanak-kanak sekali gus lebih mudah.

Senario sekarang dilihat tentera PBB terus ditempatkan di Iraq, ianya sebenarnya sebagai langkah berjaga-jaga memerhati kemunculan Imam Mahdi.

Afghanistan adalah negara kecil yang kaya dengan minyak tetapi teramat kuat dari segi keimanan penduduknya walaupun terdapat pelbagai suku.

Semenjak kemenangan Mujahiddin ke atas Soviet Union, ia mengundang pelbagai persoalan dan tanda tanya terhadap para perancang perang Amerika dan Eropah.

Apakah keistimewaan Mujahidin?

Memandangkan keturunan Saidina Hassan dan Hussein berselerakan di merata dunia, maka ramalan bahawa Mujahidin dipimpin oleh bakal-bakal Imam Mahdi kelihatan logik bagi Dajjal.

Dajjal tidak mengenali Imam Mahdi, jadi menyerang secara gerila negara kecil ini sudah memadai untuk melenyapkan Imam Mahdi.

Sehingga sekarang tentera PBB ditempatkan di Afganistan. Menurut Setiausaha Agong PBB ketika itu, Koffi Annan, ianya sebagai langkah mengawal keamanan. Tetapi bagi saya ianya sebenarnya sebagai langkah ‘berjaga-jaga’ menanti kemunculan Imam Mahdi.

Pernahkah kita terfikir?

Pernahkah kita terfikir, apa lagi yang diperlukan Amerika di Iraq selain minyak. Apakah tidak cukup minyak yang terdapat di Afghanistan. Atau ada faktor lain yang menyebabkan Amerika akan terus meletakkan tenteranya di situ.



Pada 8 Disember 2006, Al-Jazeera melaporkan 6 kanak-kanak dan 8 wanita telah di bunuh di kampung Ishaqi, 90km di utara Baghdad. Pembunuhan ini dilakukan oleh pasukan tentera udara Amerika yang menjatuhkan bom di dua buah kediaman orang awam.

Wartawan CNN sendiri iaitu Mike Mount, Jomana Karadsheh dan Barbara Starr pada 12 Oktober 2007 melaporkan, tentera Amerika dalam operasi terbarunya telah membunuh 15 kanak-kanak dan wanita sekali gus. Tiada lelaki yang maut dalam operasi itu.

Dan berpuluh-puluh lagi berita pembunuhan orag awam yang majoritinya adalah kanak-kanak dan wanita yang berlaku.

Jadi, apakah kaitannya wanita dan kanak-kanak dalam operasi ini?

Adakah ianya kebetulan?

#Teori 2 : Imam Mahdi adalah orang kaya Muslim

“Pada akhir zaman akan muncul seorang khalifah yang berasal dari umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya, dan dia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya.”

(Riwayat Imam Ahmad dan Imam Muslim)

Kemungkinan Dajjal mengetahui akan maksud Rasulullah SAW ini, dan dia (Dajjal) tahu khalifah Islam itu adalah seorang kaya yang beriman. Dajjal mungkin tidak tahu siapa, tetapi dalam mengatur strategi adalah lebih baik membuat andaian bahawa:

“Semua orang kaya Muslim hendaklah dikawal atau pastikan tiada orang Muslim menjadi kaya.”

Jika strategi di atas diambil kira, kita boleh mengandaikan Dajjal telah bersedia menghadapi situasi ini untuk membendung kemunculan Imam Mahdi.

Lihat sahaja orang kaya Muslim di dunia, siapa paling kaya? Sudah pasti orang Arab terutamanya keturunan-keturunan kerabat Diraja Saudi, Kuwait dan UAE. Tetapi adakah mereka ini bebas.

Tidak! Mereka tidak bebas, mereka terikat dengan perjanjian-perjanjian konsesi minyak di negara mereka. Kekayaan mereka adalah dari pemberian syarikat-syarikat minyak Yahudi yang melombong di tempat mereka.

Bagi saya, Dajjal tahu perkara ini, tetapi Dajjal mengambil langkah lebih awal lagi agar mana-mana orang kaya Muslim yang menonjol keimanannya dapat diperhatikan, Dajjal bimbang sekiranya orang kaya tersebut adalah individu yang dimaksudkan dalam hadith di atas.

ermmmmm.....

Sejak berabad-abad lamanya,di dalam kitab-kitab tua,ramalan-ramalan,mitos-mitos purba dan cerita dari mulut ke mulut,terungkap tentang kisah peperangan maha dasyat yang tidak diketahui bila akan terjadi.Peperangan akhir ini digelar dalam pelbagai nama mengikut bangsa atau sempadan geografi seperti 'ENDGAME','STAR WARS','APOCALYPSE','THE GREAT TRIBULATION dan sebagainya.Nama lain yang juga amat popular digunakan untuk mengungkapkan peperangan besar dan universal ini adalah ARMAGEDDON.

Di seluruh dunia,terdapat segelintir pengkaji baik dari ilmuan Islam mahupun ahli kitab agama-agama wahyu yang juga disebut agama Ibrahim (Islam,Yahudi,Kristian) telah memerhatikan senario dunia hari ini dengan amat teliti.Kebanyakan ahli-ahli kitab ini (Yahudi dan Nasrani-disebut ahli kitab walaupun dari segi syariatnya mereka telah jauh menyimpang dari ajaran asal) amat-amat percaya dengan kedatangan satu peperangan amat besar yang akan mengakhiri segala konflik di atas muka bumi ini.Peperangan ini juga akan mengakhiri persengketaan besar dan pihak yang menang dalam perang ini adalah di pihak yang benar manakala yang kalah adalah di pihak yang salah dan batil.Peperangan inilah yang disebut sebagai Armageddon.Setiap kaum yang mempercayai Armageddon masing-masing percaya kaum merekalah yang menang.Orang Yahudi yang mempercayai mereka adalah bangsa pilihan Tuhan sememangnya percaya merekalah yang menjadi juara peperangan ini.Orang Kristian juga tidak mahu kalah dalam persoalan Armageddon ini.Mereka yang menemui hakikat Jesus akan turun di akhir zaman di dalam Injil untuk mengembalikan yang hak dan memenangkan kebenaran akhirnya amat gembira dan manjadikan ini sebagai hujah merekalah (kaum Kristian) akan memenangi peperangan Armageddon yang dasyat ini.Perkataan 'Armageddon' juga dapat dijumpai dalam 'Wahyu'(Revelation) 16:16,

"Dan roh-roh syaitan mengumpulkan sekalian tentera dunia di sebuah tempat yang bernama Armageddon




Soalnya sekarang,apakah Armageddon itu?Adakah sebuah filem lakonan Ben Affleck dan Liz Tylor?

Perang Armageddon ialah:
-Perang besar dan perang penghancuran
-Perang universal yang berstrategi
-Perang yang dirancang dan dinantikan
-Perang yang amat dekat kemunculannya
-Perang antarabangsa
-Perang yang amat dasyat dalam sejarah
-Ia adalah awal dari kemusnahan
-Perang yang bermula dengan banyak perjanjian palsu (seperti rundingan damai dan genjatan senjata) sehingga ada orang berkata "perdamaian sudah tiba" padahal yang terjadi adalah sebaliknya.

Perkataan 'Armageddon' berasal dari perkataan bahasa Ibrani yang terdiri dari dua patah kata,iaitu:

1. 'Ar' yang bererti gunung atau bukit
2.'Mageddo' (majiddu-arab) iaitu nama sebuah lembah di Palestin, yang membentang dari 'Mageddo' di utara sampai ke 'Edom' di selatan di mana jaraknya sekitar dua ratus batu dan sampai ke Laut Putih (tengah) di barat dan bukit Mohab di timur yang jaraknya 100 batu.

Ahli-ahli kitab amat mempercayai peperangan ini.Mereka menunggu-nunggu kehadirannya sehingga memerhatikan pergerakan bintang dan susunan jasad di langit bagi memenuhi ramalan astrologi mereka.Mereka memerhatikan susunan kejadian dan kronologi peristiwa.Mereka AMAT KOMITED DENGAN KITAB-KITAB MEREKA.

Bagaimana pula di pihak umat Islam?Adakah mereka sedar tentang peperangan ini?
Amat malang sekali ketika umat lain merancang pelbagai strategi dan mempersiapkan diri menghadapi Armageddon,terdapat orang Islam yang leka dan menganggap Armageddon adalah fiksyen dan hiburan bertahap filem dan sensasi sahaja.Ada juga yang mengatakan ini semua dongeng orang kafir dan sengaja diada-adakan.Mereka terus leka mencari harta dunia yang sedikit ini tanpa mempedulikan perihal Armageddon.Yang lain terus berdansa di dalam disko dan bercumbu-cumbuan sesama bukan mahram tanpa ingat sedikit pun Tuhan yang menciptakan mereka dari air mani yang hina.

Sebenarnya Rasullullah s.a.w telah memperingatkan kita tentang kedatangan Armageddon yang dasyat ini.Sabda Rasullullah s.a.w:

"Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rum dalam keadaan aman lalu kamu akan berperang bersama mereka menentang satu musuh dari belakang mereka.Maka kamu akan selamat dan mendapat rampasan perang,kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit,maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rum.Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: "Salib telah menang!",maka datanglah seorang lelaki dari kaum Muslimin dan membunuh lelaki Rum tersebut lalu kaum Rum telah berlaku khianat dan terjadilah peperangan demi peperangan.Di mana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu bendera".
(HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah)

Telah bersabda Rasulullah SAW, “Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga kaum Rum turun di kota A’maq dan di Dabiq (dekat Damaskus). Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rum, ‘Biarkanlah (jangan kalian halangi) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi’. Maka kaum Muslimin berkata, ‘Demi Allah, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu shalat sudah masuk, turunlah Isa Ibn Maryam AS.”
(HR. Muslim dari Abu Hurairah)

Terdapat banyak sekali koleksi hadis-hadis berkenaan Armagedddon yang disabdakan Rasullullah s.a.w sebahagiannya digelar 'Hadis-hadis Fitan'.Sebelum terjadi peperangan ini,terdapat beberapa peristiwa lain yang membawa kepada terjadinya peperangan ini ini.Terdapat banyak peristiwa menurut kronologi hadis akhir zaman hasil kajian ilmuan Islam.

Di sini kami menyeru kepada umat Islam marilah meneliti kembali hadis-hadis nabi dan berfikir tentang masalah Armagedddon ini.Buat permulaan di samping AlQuran yang mulia dan Hadis Nabi,pembaca bolehlah merujuk kepada buku Perang Armageddon karangan Amin Muhammad Jamaluddin serta Huru-hara Akhir zaman karya penulis yang sama.Kedua buku ini juga bolehlah dibaca bersama-sama buku-buku Armageddon karya Muhammad Isa Dawud seperti Kedatangan Imam Mahadi dan sebagainya.Lebih bagus jika digandingkan dengan buku Dajjal Muncul dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda karya Muhammad Isa Dawud.


Cuba kaji kehidupan Yahudi di Israel yang mengamalkan agama mereka.Mereka mengharamkan arak,babi,zina,rokok dan lain-lain di mana semua benda yang memudaratkan mereka sebarkan ke dunia.Hatta Coca-cola sendiri mereka tidak minum kerana tindakannya sama dengan pembersih takung tandas!Adakah air seperti itu yang kita mahu berada di dalam perut kita yang lembut ini?Mengapa mereka bertindak sebaliknya?Kerana mereka tahu bahawa semua itu adalah memudaratkan mereka sebagai bangsa pilihan tuhan (kononnya).Nampaknya sunnah nabi diamal oleh Yahudi dan mereka berjaya.Orang Islam tinggalkan sunnah malah menolak hadis nabi maka gagal dan kecewa.Orang-orang Islam dungu ini tidak mahu belajar mengenal peribadi Rasullullah malah secara membuta tuli menghinanya pula.Sesungguhnya di dalam sunnah itu ada kejayaan.Ada orang mengejek-ngejek dan memprovok orang yang memakai serban dan makan di dalam dulang.Sesungguhnya amat malang orang yang tidak mengenal peribadi Rasullullah kemudiannya menghina amalan hidup baginda.Padahal orang-orang Yahudi dan Kristian secara senyap berlumba-lumba mengkaji rahsia setiap tindakan Nabi yang dianggap mereka manusia paling berpengaruh di dalam sejarah kemanusian itu. Mereka tidak tahu rasional dari semua itu.Jika anda mengikuti Jemaah Tabligh (ambil positif tentang kesungguhan mereka melaksanakan sunnah dalam kehidupan,kesampingkan kelemahan-kelmahan mereka yang lain) anda mungkin sudah terbiasa memakan buah-buahan dahulu sebelum menjamah hidangan yang mana dalam budaya kontemporari adalah amat janggal yang mana buah-buahan adalah sebagai pencuci mulut,diambil selepas makan.Tetapi di dalam kajian sains pemakanan oleh pakar-pakar pemakanan Barat mengatakan amalan memakan buah selepas makan adalah amalan kurang sihat.Petikan dari hasil kajian mereka:

"Satu-satunya masalah yang timbul dalam pemakanan buah-buahan ini adalah kebanyakan orang tidak tahu untuk memakannya dalam satu cara yang membolehkan tubuh badan menggunakan zat makanannya dengan amat berkesan.Anda hendaklah sentiasa memakan buah-buahan ketika perut sedang kosong.Kenapa?Sebabnya ialah buah-buahan terutamanya tidak dihadam di dalam perut.Sebaliknya ia dihadam di dalam usus kecil,di mana ia mengeluarkan gulanya.Tetapi,sekiranya terdapat kanji,kentang ataupun daging di dalam perut,buah-buahan akan terperangkap dan mula menapai.Pernahkah anda memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut selepas makan besar dan bersendawa dengan rasa tidak selesa sepanjang malam?Ini kerana anda tidak makan dengan cara yang betul.ANDA SEPATUTNYA MEMAKAN BUAH-BUAHAN KETIKA PERUT SEDANG KOSONG".(Anthony Robbins, Unlimited Power)

Hakikatnya di satu peringkat amalan hidup hippies dan tidak betul dipopularkan 'The Hidden Hand' ke atas orang-orang Eropah,China dan sebagainya hatta Islam sendiri yang dungu dan menjadi pak turut kepada kehidupan yang pada mereka moden,bergaya,status,'high class' dan 'cool'.Yang anehnya orang Islam yang diberi model kehidupan yang lengkap langsung meninggalkannya lantas bersama-sama menyertai 'goyyim' (bangsa hamba atau haiwan ternakan mengikut istilah Yahudi) mengikuti budaya berfikir tahap rendah Barat ini.PADA PERINGKAT LEBIH TINGGI,orang-orang Yahudi dan Nasrani mula mengkaji sunnah Nabi dan manggabungkan dengan kajian sains dan mereka inilah yang mengamalkan rahsia amalan para nabi.Ini adalah kelompok elit yang meninggalkan cara hidup Barat semasa.Mereka terdiri dari golongan genius yang suka berfikir.Mereka mempromosikan gaya hidup Barat yang sudah 'expired' kepada orang Islam antihadis yang dungu ini.Sebaliknya mereka beramal pula dengan amalan para nabi dari cara pemakanan dan kebersihan diri.MEREKA MENYANJUNGI NABI MUHAMMAD S.A.W SECARA DIAM-DIAM.Orang-orang yang mempromosikan Nabi sebagai ketua pengganas,gila,syaitan,gila seks dan sebagainya adalah manusia bodoh yang tidak mengkaji siapakah manusia teragung ini yang menduduki ranking pertama Manusia Paling Berpengaruh Dalam Sejarah oleh seorang profesor Amerika Micheal H. Hart.Mereka menjadi hamba kepada golongan elit yang genius tadi bagi kerja-kerja mengelirukan manusia lain terutamanya umat Islam tentang kehebatan amalan para nabi terutamanya Nabi Muhammad s.a.w yang mewarisi hikmah kenabian dari yang sebelumnya.Banyak kelebihan dan hikmah yang tersembunyi dalam amalan sunnah nabi tetapi di sini bukanlah tempat yang sesuai untuk membicarakannya.Nampaknya topik Armageddon sudah hilang sebentar oleh isu sikap sesetengah orang Islam yang tidak mengambil peduli akan hadis-hadis nabi malah mencemuhnya pula.

Amat malang golongan ini.Sama ada mereka menjadi hamba Dajal,di'mindcontrol' atau sengaja mengelirukan diri sendiri demi sesuap nasi dan sekelumit pujian dan sanjungan.Mereka menjual agama dengan harga yang murah berserta maruah,keselamatan dan iman senipis kulit bawang mereka.

Wallahualam....
Dicatat oleh Tentera Sabilillah di 00:30
1 ulasan:
Midkazen berkata...
MasyaAllah...

Sesungguhnya di dalam setiap sunnah Nabi Muhammad SAW ada kejayaannya. Ikutlah Nabi dan cintailah beliau. Jangan cinta saja tetapi tak mengikuti beliau. Jangan ikut saja tetapi tak mencintai beliau.

Benar apa yang saudara admin kata. Amalkan sunnah Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian kita. Nescaya selamat.

Masuklah Islam secara keseluruhan. Syumul.

2009 Ogos 21 09:37

Catat Ulasan



Pautan pada catatan ini
Buat Pautan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom) Sabda Nabi SAW:
Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji. (Al-Hafiz Abu Naim)

Sedarlah wahai saudara-saudaraku sekalian... kita kini di akhir zaman! Janganlah kita lalai, musuh sentiasa mengambil kesempatan di atas kelalaian kita. Ayuh kita Bersatu! Semoga perjuangan kita diberkati Allah!

BARISAN PEJUANG

Mengaji blog ini biar sampai khatam!
Rahsia Dalam Rahsia


BACA DULU:
Pengenalan
Baiah Fisabilillah
Peringatan!
Kandungan Laman Ini:
Kenali Musuh Fisabilillah
Rahsia Dajjal Dan Freemason Di Timur Tengah
Al-Jazeera Propaganda USA
Ingat Mengingati Satu Sama Lain
Dakyah Mengatakan Jumaat 13hb itu ****
Rahsia Merah Komunis
Mesej Rahsia Dan Terselindung
Illuminati Takut Pada Melayu!
Perang Armageddon (Persediaan kepada Fisabilillah)
Matlamat Fisabilillah
Kebangkitan Amerika dari Lena
Apa apa dengan 2012
Snippet: Orang Islam Dunia
Di Sebalik H1N1
Menerokai Relativiti Masa Dan Hakikat Takdir
Kesedaran Pengguna
Snippet: Menyahcaj gelombang elektromagnet pada diri.
Misteri Jacko
Homo Sapiens
Rahsia Ilmu Alam
Muat Turun Manual Feng Shui
Rahsia Di Sebalik Nombor
Kaedah Reset Pemikiran
Maksud 30, 36 dan 77
Soalan Lazim:
1) Adakah Panji Hitam DARI Timur adalah sama dengan Panji Hitam Ufuk Timur?
J: Ia 2 perkara yang berbeza. Panji Hitam Ufuk Timur diasaskan oleh Gelanggang Pusaka Gayong Malaysia Gelanggang Gurun.

2) Mengapa guna nama ini bukankah ia mengelirukan?
J: Nama ini digunakan bukan sebab populariti tapi melambangkan kebangkitan pejuang akhir zaman dari timur. Ia satu simbolik perjuangan!

3) Boleh kah artikel dalam ini di salin ulang ke dalam blog saya?
J: Saya memberi keizinan untuk menyalin artikel dalam blog ini ke bentuk apa jua tanpa perlu meminta keizinan dari pihak admin.

4) Adakah akan dibuat forum untuk panji hitam dari timur?
J: saya melihatnya untuk program akan datang, buat masa ini saya lebih fokus untuk memberi info saja.

5) Adakah dengan wujud blog ini akan timbul perpecahan dalam adik-beradik, setahu saya dah banyak pertubuhan yang menaungkan kita badan fisabilillah, macam pekida, sahabat, pewaris dan sebagainya?
J: TIDAK sesekali hubungan ini boleh diputuskan. Seperti yang saya kata PANJI HITAM DARI TIMUR adalah wadah perjuangan yang juga simbolik perjuangan. Semua adik-beradik adalah sama. Kita tiada beza....

6) Bagaimana pendekatan PANJI HITAM untuk membuat counter-attack terhadap musuh?
J: Untuk berjuang kita ada banyak cara, walaupun berlainan cara atau pendekatan matlamat tetap sama. Sesetengah orang menggunakan sains, matematik dan sebagainya. PANJI HITAM menggunakan pendekatan menyampaikan maklumat kepada para pembaca sekalian khususnya ditujukan kepada pejuang fisabilillah. Pada akhir zaman ini, maklumat dan ilmu ialah tunjang, dengan adanya ilmu dan maklumat ini, barulah akan terlahir golongan yang kreatif dan inovatif untuk merangka rancangan untuk melawan musuh. Wallahualam...

7) Adakah segala paparan di web PANJI HITAM ini benar dan tiada selainnya benar?
J: Tidak, laman ini cuma salah satu sumber rujukan berkaitan hipotesis2 konspirasi. yang benar hanya dari Allah. Apa yang diterbitkan hanyalah berdasarkan pemerhatian dan kajian. Manusia mempunyai satu sifat yang dipanggil (human error). Dengan itu kami sentiasa mengalu-alukan maklumat2 terkini dan tepat dari kalangan pembaca. Kami budak baru belajar kalau salah tolong tunjukkan.... wallahualam.

8) Bagaimana saya boleh mendapatkan alamat-alamat freemason di Malaysia?
J: Sila klik sumber berikut. KLIK DI SINI.

9) Adakah panji hitam dari timur membuat aktiviti setiap minggu atau setiap bulan?
J: Tidak kami tidak membuat apa-apa aktiviti pun secara perjumpaan fizikal, semuanya di alam maya kerana fokus Panji Hitam dari Timur adalah memberi maklumat melalui alam cyber. Untuk perjumpaan secara fizikal adalah perancangan masa akan datang.

10) Saya berminat menyertai Panji Hitam Dari Timur? Bagaimana untuk menyertai?
J: Inilah soalan paling banyak ditanya setakat ini, keahlian Panji Hitam Dari Timur adalah terbuka kepada semua ahli fisabilillah saja, tak kira asal dari mana, simpang mana dan sebagainya. Sekiranya anda telah menjadi ahli fisabilillah anda boleh mendaftar di blog ini secara percuma!

Laman Networking Rasmi
Tagged
Myspace
Twitter
Discover 1000 years of missing history


Menbongkar Misteri Dajjal


KOS PEPERANGAN DIBELANJA U.S

Semata-mata ingin menghancurkan Islam.
Langgan Blog Panji Hitam
Catatan





Atom Catatan
Ulasan





Atom Ulasan
AWAS! WikiIslam.com Ensiklopedia Sesat!


Security Record
We log you IP Address and 12 others information for security reason only. Thank you.
Arkib Blog
► 2010 (1)
► Februari (1)
APA AKAN JADI PADA MALAYSIA 2012 NANTI?
▼ 2009 (25)
► Disember (2)
Selamat Tahun Baru!!
Snippet: Facebook
► November (2)
Snippet: Kebangkitan Surrogate bermula
30, 36 dan 77
► Oktober (1)
RESET SEMULA PEMIKIRAN!
► September (3)
RAHSIA DI SEBALIK NOMBOR
HADIAH AIDILFITRI
RAHSIA ILMU ALAM
► Ogos (1)
Homo Sapiens
► Julai (5)
Misteri Jacko!
Snippet: Menyahcaj Gelombang Elekromagnet Pada Dir...
Kesedaran Pengguna
Menerokai Relativiti Masa Dan Hakikat Takdir
Di Sebalik H1N1
► Jun (3)
Snippet: Orang Islam Dunia
Ada Apa dengan 2012
Kebangkitan Amerika dari tidur lena.
▼ Mei (4)
MATLAMAT FISABILILLAH 30
Armageddon!
Illuminati takut pada Melayu!
Mesej Rahsia Dan Terselindung
► April (3)
Rahsia Merah Komunis!
DAKYAH MENGATAKAN JUMAAT 13HB ITU ****
Ingat Mengingati antara satu sama lain.
► Mac (1)
Al-Jazeera Propaganda USA!
► 2008 (4)
► Jun (1)
RAHSIA MISI DAJJAL/FREEMASON DI TIMUR TENGAH
► April (1)
Ahli Fisabilillah Sila Ambil Perhatian!
► Januari (2)
Tentang 313 dan baiah fisabilillah
Pengenalan
LINK Berkaitan:
Akrab Kuala Lumpur
Ayahanda Paq Putrajaya
Ayahanda Zul Cochrane
Bahtera Samudera Melaka
Gabungan Satu Hati
Majlis Bukit Beruang
Majlis Bukit Bintang
Majlis Cochrane
Majlis Gurun
Majlis Kg Pandan
Majlis Putrajaya
Majlis Taman Desa Seputeh
Majlis Titiwangsa
Majlis Utara Selatan
PAPIM
PEWARIS MALAYSIA
PEWARIS UMMAH
Sepanji Alam
Illuminati

Say No To Freemason!
Logo Freemason


Sekutu Freemason


Orang-orang popular dari Geng Illuminati

AWAS PENGGUNA FACEBOOK!

Ia telah diasaskan oleh CIA. Mereka menggunakan fb sebagai alat untuk mengumpul maklumat, dengan adanya sistem fb ini, mereka dapat mengumpul maklumat terperinci dengan mudah sekali terutama melalui application relatives dan lain-lain. Jadi anda pengguna fb, pastikan anda tidak meletakkan maklumat yg betul. CIA adalah skuad kanan Illuminati!
columbia tristar

salah satu sekutu kuat freemason/illuminati dalam perfileman
Antara teraju utama Freemason

Pope juga terlibat! Mereka menjajah agama kristian dari akar umbi!
Kepercayaan Freemason

Mereka sebenarnya menyembah berhala dan sangat percaya pada ramalan-ramalan kuno!
Washington DC

Area ini berbentuk pentagram direka oleh Freemason
Chrysler

Antara logo-logo favourite yang digunakan
Konspirasi lagi

Signifikan kah tutup lampu sejam akan reduce global warming?
Utusan Online - Terkini
Orang Melayu perlu sedar asal usul, elak pertikaian institusi Raja
Remaja lelaki perlu lebih berani jalani ujian talasemia
Anggota UMNO tolak parti perlu kembali ke pangkal jalan
37 bekas pekerja hotel di Perlis tunggu pampasan
Mayat wanita dibawa arus deras ditemui
Harakah Daily
Sokongan kepada BN bersifat sementara
Pemimpin Umno hanya seronok cipta slogan
Jamuan kesyukuran di Laloh Sabtu ini
Gerhana bulan malam ini, tingkatkan ibadat
Dr Lo Lo ketuai bantahan parkir di Desa Pandan
Pendaftaran Keahlian
SELENDANG MERAH


PANJI HITAM UFUK TIMUR


AKRAB Kuala Lumpur


PAPIM


PEWARIS UMMAH


PEWARIS MALAYSIA


PEKIDA


SAHABAT


PEKIMA


313


Utara Selatan


Salak South


Kg Pandan


Semerah Padi


PERANG AKHIR ZAMAN
Bahagian 1
Bahagian 2
Bahagian 3
Helah Zionis Memerintah Dunia
Bahagian 1
Bahagian 2
Bahagian 3
Hubungi Panji Hitam
Tracker

Analisis Grafik
Tag Panji Hitam!